Rahasia Kecantikan Wanita

Rahasia Kecantikan Wanita 

Bosan dengan produk perawatan kecantikan yang itu-itu saja?
Hmm...mengapa tidak berpaling ke cara tradisional. Eits, tapi ini bukan
cara tradisionil ala Indonesia. Tips yang satu ini adalah tips kecantikan
ala wanita Jepang. Wah-wah, Seperti apa ya?
Perempuan-perempuan di Jepang ternyata punya 'jurus' tersendiri untuk
merawat tubuhnya. Dan Bahan-bahan yang digunakannya pun juga
tergolong sederhana. Hanya perlu beras ketan dan kain untuk bisa
meniru perawatan ala wanita Jepang ini. Caranya juga simpel saja.
Pertama masukkan beras ketan dalam kantong yang terbuat dari kain
satin atau katun. Lalu, tumbuk perlahan-lahan beras tersebut hingga
halus. Tapi awas, jangan sampai kantong menjadi rusak dan
menyebabkan beras jadi berhamburan kemana-mana. Setelah beras
dirasa sudah cukup halus, celupkan kantong tersebut ke dalam air
hangat. Diamkan selama beberapa menit, atau hingga air berubah
menjadi seperti air susu. Setelah usai, usapkan kantong ke wajah secara
merata, dan diamkan hingga 2 menit. Setelah itu, bilaslah dengan air
dingin. Nah, setelah perawatan selesai, jangan buang kantong tersebut.
Gantung kantong itu di tempat kering dan jauhkan dari sinar matahari.
Pasalnya, tumbukan beras ini bisa untuk dipakai hingga 2-3 kali
pemakaian.

Mengencangkan Kulit Muka
Petuah 1 : Ambil tepung ubi kayu dan timun.Timun itu hendaklah
dihancurkan terlebih dahulu atau dilumatkan. Kemudia campurkan
kedua-duanya dengan air sedikit. Kacau rata dan jangan terlalu cair.
Selepas itu, sapukan ke muka dan biarkan ia kering.Kemudian basuh.
Dengan cara ini ia dapat mengencangkan kulit muka serta memutihkan
wajah dan menjadikan kulit kita segar.
Petuah 2 : Campurkan sedikit bedak dingin dan beberapa titik air limau
nipis. Campurkan bersama sedikit air dan sapukan ke muka. Kulit akan
terasa pedih sedikit. lakukan dalam masa seminggu untuk melihat
perubahannya.

Menghaluskan Kulit Muka
Petuah 1 : Buah tomat dikisar halus. Lumurkan pada muka . Sebaiknya
dilakukan pada waktu malam . Setelah agak lama, cuci muka dgn air
hangat. Buah tomat ini juga berfungsi utk membersihkan kulit.
Petuah 2 : campur sedikit asam jawa bersama air dan sesendok tepung
ubi. Kacau sehingga ia menjadi larutan pekat. Pupurkan kepada muka
yang telah dibersihkan. Biarkan ia mengering lebih kurang lima belas
menit. Selepas itu barulah dibilas.
Petuah 3 : Didihkan susu segar atau pun susu tepung bercampur air.
Biarkan ia dingin lalu disapukan kepada muka. Biarkan kering lalu
dibasuh dengan air bersih.

Menghaluskan Kulit Badan
Petuah 1 : Buah keras ditumbuk dan dicampur bersama minyak zaitun
dan digosok ke badan. Insyaallah kulit akan menjadi halus dan dapat
membuangkan daki-daki dibadan (scrub)
Petuah 2 : parut dua kelapa dan tuangkan ke dalam bath tub.
Berendamlah di dalamnya selama 15 menit. Gosokkan badan anda
dengan santan dan hampas kelapa itu. lakukan ini seminggu sekali
untuk mendapatkan kulit tubuh yang halus.

Menghilangkan Bau Badan
Petuah 1 : Potongkan limau kasturi dan buangkan bijinya. Kemudian
makanlah kulit limau kasturi itu bersama airnya.
Petuah 2 : Ambil beberapa helai daun limau nipis yang masih muda,
tumbuklah hingga hancur. Kemudian, bulatkan kecil-kecil supaya mudah
ditelan. Telanlah 3 kali sehari.

Melembutkan Rambut
Petuah 1 : Ambil seikat kangkung dan bersihkan. Masukkan dlm
mangkok. campur air angat dan ramas kangkung hingga mengeluarkan
lendir. Lendir itu sapukan pada seluruh rambut dan biarkan seketika.
Kemudian bilas rambut dengan air bersih.Lakukan selama dua minggu.
Petuah 2 : parut 5 buah limau nipis bersama dengan kulitnya hingga
halus. remas sapukan airnya di kepala ketika mandi . Kemudian, cuci
bersih.

Merawat Kulit mencegah kerut

Petuah 1 : Parutkan sebatang lobak merah yang telah dibersihkan,lalu
dicampurkan bersama sesedu tepung jagung dan sebiji kuning telur. lalu
dioleskan kepada kulit sekali sehari.
Petuah 2 : Utk mengurangkan garis halus di wajah, ratakan selapis
madu pada wajah dan biarkan selama 15-20 menit. Bersihkan
menggunakan kapas yang dibasahkan dengan air (sebaik-baiknya air
hujan). Jika kulit berminyak, campurkan beberapa tetes jus lemon ke
dalam madu sebelum disapukan pada wajah.

Melentikkan Bulu Mata
Ambil daun lidah buaya. Sebelum masuk tidur, sapukan lendirnya pada
bulu mata. lakukan selalu hingga bulu mata semakin lentik

Melembutkan Tapak Tangan
Letakkan odol sedikit pada tapak tangan anda yang basah. Ratakan
sehingga menampakkan buih, kemudian basuh. Anda akan merasakan
tapak tangan anda menjadi lebih lembut.

Mewangikan Rambut
iris dua buah limau nipis tipis-tipis secara melintang. Kemudian
gosokkan ke kulit kepala yang telah dibasahkan. Gosok rata sehingga air
limau meresap ke akar rambut. Biarkan beberapa menit sebelum dibilas.
Lakukan setiap kali sebelum mandi.

Menghilangkan Parut
Petuah 1 : Ambil biji asam jawa. Goreng tanpa minyak lebih kurang 5
menit. Kemudian ambil dan goreskan pada batu atau permukaan yang
kasar. Bila keluar serbuknya, teteskan air dan gosok pada parut.
Insyaallah jika dilaksanakan ia akan dapat menghilangkan parut
tersebut.
Petuah 2 : Tumbuk kulit kayu manis sehingga lumat. Campurkan serbuk
ini dengan sedikit air. campurkan bersama dengan bedak dingin.
Kemudian sapu rata di bahagian berparut.
Lakukan sesering mungkin. Lama-kelamaan, parut akan beransur
hilang. Petuah ini juga sesuai untuk menghilangkan bintik-bintik hitam
dan jerawat di wajah.
Petuah 3 : Ambil sedikit asam jawa, kemudian remas dgn
mencampurkan sedikit air. Jgn terlalu cair. Sesudah itu, sapukan pada
tempat yg berparut. Biarkan sehingga kering. Sebaik-baiknya lakukan
pada waktu malam sebelum tidur.
Petuah 4 : lakukan gosok setiap hari dengan kulit pisang lemak manis
atau kulit pisang kapas.
Petuah 5 : Sapukan dengan sebarang pasta gigi setiap hari.
Petuah 6 : Ambil sedikit beras, kunyit hidup dan sedikit bawang putih.
lumatkan bahan-bahan ini sehingga halus. Kemudian, campurkan
dengan sedikit air dan ratakan ke muka. Biarkan sehingga kering dan
kemudian gosokkan perlahan-lahan sama seperti memakai scrub.
Setelah itu bilaskan dengan air angat. Lakukan setiap hari dan anda
akan mendapat hasil yang memuaskan.

Melebatkan Rambut
Ambil daun bunga raya yg bersih, ramas sehingga keluar lendir. Ambil
lendirnya dan campurkan dgn sebiji telur ayam kampung beserta satu
sedu madu lebah. sapukan pada rambut anda. Tutup kepala lebih
kurang 10 menit dan kemudian cuci dan bilas rambut sehingga kering.
laksanakan dua kali seminggu.

Menghaluskan Kulit Kaki dan Tangan
Setiap pagi atau malam, sapulah minyak kelapa di kaki atau tangan.
Biarkan selama 20 menit.Setelah itu, digosokkan dgn hampas kelapa.
Kemudian basuhkan dengan air panas suam, lapkan dgn kain handuk.

Mengatasi Pecah Pada Jari
Bagi mengatasi masalah pecah-pecah pada jari tangan atau kaki,
campur sedikit garam bersama santan kelapa. sapukan pada bahagian
jari yang pecah-pecah. lakukan selalu dan lihat hasilnya.

Membersihkan Daki Pada Badan
laksanakan menggosok hampas kelapa pada keseluruhan badan untuk
menanggalkan daki dan sisa kotoran terutama sekali di bawah ketiak,
leher dan di pangkal paha. Untuk kaki yang kasar dan pecah, hampas
kelapa perlu dibungkus dan gosokkan tumit ke atasnya.

Awet Muda
Petuah 1 : lakukan memakan lalapan yang segar dan buah-buahan lokal
dapat membantu kita mengekalkan kesehatan dan akan kelihatan lebih
muda dari usia sebenarnya. lakukan memakan daun pegagan selama
beberapa minggu dan anda akan lihat hasilnya.
Petuah 2 : Ambil 2 helai pucuk betik, 2 inci kunyit hidup, 2 inci
lempoyang, 2 inci isi cekor dan satu cawan air masak. Bahan2 ini dikisar
lumat dan ditapis. Minum ramuan ini setiap hari. Hasilnya wajah anda
lebih bersih, berseri dan kulit cantik.

Menghindarkan Kerontokan Rambut
Petuah 1 : Ambil lemak ayam dan masak sehingga menjadi minyak.
Sapukan ke kulit kepala sebaiknya pada waktu malam.
Petuah 2 : Rendamkan kacang hijau semalaman. Tapis dan gunakan
airnya utk disapu atas kulit kepala sambil dipicit perlahan2. lakukan
selalu hingga rambut baru kelihatan tumbuh. Di samping itu, jgn suka
mengikat rambut dgn karet.

Menghilangkan Parut Campak/cacar ( Chiken Pox )
Petuah 1 : Pada tanda yang berlubang, sapukan kulit pisang (bahagian
dalam ) dimana lendir pada kulit pisang tersebut bisa
menyembuhkannya. Coba hari-hari sesudah cacar tersebut kering.
Manakala pada tanda hitam , lumatkan kacang hijau sehingga jadi debu
dan sapukan pada bahagian tersebut seperti bedak. Insyaallah.
Petuah 2 : Parut sebiji jagung muda hingga lumat. Sapukan pada bekas
demam campak. Lakukan selama beberapa hari.

Meluruskan Rambut
Petuah 1 : Perah sebiji kelapa dan ambil saripatinya sahaja. Campurkan
dgn air limau nipis. Simpan santan pekat ini di dalam kulkas sehingga
atasnya menyerupai krim. Gunakan krim ini utk disapukan pada kulit
kepala dan rambut keseluruhannya.Tutup kepala dgn kain sehingga 1
jam barulah dibilas dgn bersih. Lakukan 3 kali seminggu. Anda akan
dapati rambut kerinting akan lurus sedikit demi sedikit.
Petuah 2 : Basuh rambut anda dengan air nanas yang manis. Peram air
nanas itu semalaman. Selepas itu lumurkan ke atas kepala dan biarkan
selama 15 menit. Kemudian basuh dengan shampoo sehingga bersih.

Bibir Senantiasa Berseri

Ambil 1/3 cawan air kunyit hidup, 1/3 cawan santan kelapa yang pekat
dan sedikit garam. Campurkan semua ramuan tersebut dan kacau ratarata,
minumlah setiap pagi. Dalam masa yang singkat, anda dapat
melihat hasilnya.

Mengatasi Tumit Pecah dan Merekah
Petuah 1 : Gosokkan tumit kaki yg merekah pada permukaan semen yg
kasar. Lakukan beberapa kali dalam seminggu dan InsyaAllah tumit kaki
anda tidak akan nampak merekah lagi. Namun, sewaktu menggosok
tumit pada semen di lantai, jgn terlalu kasar. Gosok perlahan-lahan
selama beberapa menit.
Petuah 2 : Gosokkan tumit kaki dengan menggunakan belimbing buluh.
lakukansebelum mandi.

Mencerahkan Ketiak
Ketiak hitam dan berbau amat memalukan. Coba petuah ini. Campur
sedikit kapur sirih bersama perahan limau nipis. Sapukan pada ketiak
setelah anda selesai mandi. lakukan selalu dan ketiak anda akan cerah
dan tidak berbau lagi.
Menghilangkan Bulu Ketiak
Petuah 1 : Langkah pertama ialah dengan mencabut bulu ketiak
keseluruhannya. Kemudian, ambil ibu kunyit dan celupkan ke dalam
kapur sirih dan gosok pada ketiak. Kemudian basuh. InsyaAllah dgn cara
ini, bulu ketiak akan hilang.
Petuah 2 : Ambil 20 biji jintan putih dan sedikit kapur barus. aduk rata
dengan air perahan limau purut. Sapukan pada ketiak setelah bercukur,
setelah disapu beberapa kali ia akan berhasil.
Petuah 3 : Tumbuk sedikit serbuk lada sulah dan tiga butir kapur barus.
Campurkan dengan sedikit minyak kelapa. Sapukan pada ketiak setiap
malam sebelum tidur. Lama-kelamaan bulu ketiak akan gugur dengan
sendirinya.

Menghilangkan Bau Ketiak
Petuah 1 : Ambil hampas teh dan garam halus. Campurkan kedua-dua
bahan ini dan sapu pada ketiak. Ia hendaklah dilakukan 2 kali seminggu.
Petuah 2 : Rebus lima helai daun sireh dan lima kuntum bunga kenanga.
Didihkan airnya tinggal separuh gelas. Tapis dan campur gula merah.
lakukan meminumnya 2 kali seminggu.
Petuah 3 : Rebus beberapa helai daun limau kasturi dengan sedikit air.
Tapiskan airnya dan lakukan meminumnya setiap hari.
Petuah 4 : Tumbuk daun sirih dengan sedikit tawas hingga lumat.
Sapukan pada ketiak. Biarkan beberapa menit sebelum mandi.
Bersihkan dengan air sabun dan air biasa. lakukan dua kali seminggu.

Mengkilatkan Kuku Kaki
Petuah 1 : Buang kulit bawang putih dan potong dua. Gosokkan pada
kuku kaki sehingga kelihatan berkilat. Buat sesering yang anda mau.
Petuah 2 : Ambil belimbing besi dan gosokkan pada kuku kaki supaya
kembali bersih dan berkilat.

Melembabkan Muka
Ambil beberapa kelopak kobis, tumbuk hingga lumat. Kobis tadi
dicampurkan dengan madu. Tempelkan pada muka. lakukan selama
seminggu dan anda akan merasakan perbedaan pada kulit anda. Kulit
anda akan menjadi lebih lembut dan masalah kulit kering akan diatasi.

Menguatkan Akar Rambut
Parut lobak merah dan perah airnya. Air perahannya digunakan untuk
mendinginkan kulit kepala. Caranya basahkan kepala dengan air lobak
merah dan urut perlahan-lahan. lakukan selalu bagi menguatkan akar
rambut.

Menghilangkan Bintik Hitam
Petuah 1 : Sapukan pasta gigi pada kawasan bintik hitam pada wajah
anda sebelum masuk tidur. Warna bintik-bintik hitam akan beransur
pudar dan menjernihkan wajah anda sekaligus.
Petuah 2 : Rendamkan sehelai tisu ke dalam dua biji putih telur.
Tempelkan tisu tersebut pada tempat yang ditumbuhi bintik-bintik
hitam. Setelah kering tanggalkan. Basuh muka dengan air bersih dan
pencuci muka. Lakukan 2 kali seminggu.

Melebatkan alis mata
Petuah 1: Bakar dua biji buah keras hingga hitam. Kemudian tumbuk
lumat. Sapukan pada kening setiap malam sebelum tidur. Keesokkannya
bersihkan dengan air. Kening akan nampak lebih lebat dan menarik.
Petuah 2 : Ambil batang pucuk paku. Remas sehingga keluar lendir.
Sapukan lendir tersebut pada bulu kening. Lakukan selalu.

Mencegah Kuku Panjang Patah
Kuku panjang memang mudah patah. Ambil beberapa biji bawang putih,
dipotong dua. Benamkan pada kuku. Amalkan selalu. InsyaAllah kuku
akan menjadi kuat dan berseri.

Mengurangkan Bintik Putih
Petuah 1 : Ambil beberapa biji badam dan campurkan dengan kulit oren.
blender bahan itu hingga lumat. Kemudian, ambil sedikit bahan ini dan
campurkan dengan sedikit air. Gosoklah ke muka anda dan di tempattempat
yang ada bintik putih. InsyaAllah jika rajin mengamalkannya,
bintik2 putih di muka akan berkurangan.
Petuah 2 : Ambil beras pulut dan cuci bersih. Toskan sehingga kering
airnya. Tumbuk2 beras pulut tersebut dan diayak halus. Gunakan beras
ini utk mencuci muka. Basahkan muka dan gosok beras ini pada kulit
perlahan2 selama 5 menit. Cuci hingga bersih. InsyaAllah wajah akan
lebih halus, licin dan tiada lagi bintik2 putih.

Melicinkan dan Memerahkan Kulit Muka
Ambil sebiji buah tomat masak,lecek hingga halus. Kemudian pupurkan
di seluruh muka. Biarkan mengering selama 20 menit. Bilas dengan air
bersih. Amalkan seminggu 2/3 kali.

Menghilangkan Bau Mulut
Petuah 1 : Ambil 10 kuntum bunga cengkeh dan 3 ulas bawang putih.
Kemudian kedua-duanya ditumbuk lumat. Gosok pada gigi dan
berkumur. Lakukan 3 hari sekali, baunya akan hilang dan ia
mengeluarkan bau yang harum.
Petuah 2 : lakukan makan hampas kelapa yang sudah digoreng tanpa
minyak dan minum air hangat. Makanlah setiap pagi dan malam selama
3 hari atau 3 hari sekali.

Kulit Cerah dan Licin
Ambil sebiji limau nipis dan dibelah dua. Semasa mandi, gosokkan pada
muka dan seluruh badan. Insyaallah, kulit akan cerah, licin dan harum.
Mencegah Kulit Bersisik
Ambil segelas air kelapa muda, dua sudu air limau kasturi dan suku
gelas madu lebah. Campurkan bahan ini dan panaskan seketika tetapi
jgn sampai mendidih karena ia akan merusakkan khasiatnya. Minum 2
kali sehari dan amalkan sehingga kulit bersisik tadi mengelupas.
InsyaAllah akan mendapat kulit yang lebih halus dan licin.

Menghasilkan Kulit Cantik
lakukan meminum air campuran pucuk pegaga dan lobak merah yang
telah dihancurkan .

Mencantikkan Kulit Muka
Petuah 1 : Sapukan putih telur ke muka anda dan biarkan selama 10
menit. Cuci dengan air bersih. Lakukan seminggu sekali.
Petuah 2 : Cuci muka dengan air hangat dan sapukan limau nipis dan
basuh sekali lagi kemudian lapkan dgn kain yg bersih. Lakukan sekali
sehari insyaallah kulit muka anda tidak ditumbuhi jerawat dan
menegangkan kulit muka yang kendur.
Petuah 3 : Amalkan mencuci muka setiap pagi dengan daun teh yang
sudah direndam. Sapukan teh tersebut ke muka anda, 10 menit
kemudian cucilah dengan air bersih.

Mengencangkan Kulit Muka Dan Menghilang Jerawat
Rebus segenggam biji manjakani di dalam periuk tanah sehingga
menggelegak dan pekat. Kemudian tunggu sehingga hangat, sapukan
pada wajah atau bahagian kulit yg anda inginkan. Tunggu sehingga
kering dan cuci sehingga bersih. Amalkan setiap hari.

Rambut Bercabang
Petuah 1 : Ramas daun pinang. Kemudian, campurkan sedikit garam
kasar dan air. Sapukan pada rambut. Biarkan 30 minit. Bilas dengan air
bersih. Lakukan 2 minggu sekali.
Petuah 2 : Tumbuk daun inai dan lumurkan di seluruh rambut anda.
Tunggu sehingga sejam baru dibasuh dan dibilas.

Menyegarkan Mata
Ambil timun yang telah dihiris. Lekapkan pada kelopak mata
Pejamkan mata utk berapa ketika. Anda akan berasa kesegarannya
selepas itu.

Menghilangkan Bulu / kumis tipis Di Atas Bibir
Semua perempuan pasti menghadapi masalah ini dan banyak juga yang
berasa sangat malu dan tidak berkeyakinan diri bila bulu di atas bibir ini
terlalu lebat kan. Jangan risau, cobalah petuah yang saya beri ini
insyaAllah berkesan karena saya sendiri telah mencobanya dan ternyata
berkesan dan kulit kelihatan lebih menarik. Caranya :Perah limau nipis
dan campurkan jusnya dengan gula pasir. Aduk2 dan kemudian sapu
atau urutlah ke atas bibir. Selamat mencoba

Wajah berseri-seri
Basuhkan muka anda dengan menggunakan air basuhan beras yang ke
tiga. Bilas dengan air bersih setelah sepuluh menit.

Mencantikkan Betis
Ambil minyak kelapa dan sapukan pada betis setiap hari. Selang 2-3
hari, urut pula dengan menggunakan hampas kelapa. InsyaAllah betis
anda senantiasa cantik.

Menghilangkan Panu
Petuah 1 : Ambil sepotong halia, tumbuk lumat dan tempelkan pada
tempat berpanau. InsyaAllah, anda akan melihat hasilnya.
Petuah 2 : Gosoklah panu dengan belerang korek gas api terutama pada
waktu tengahari. Kemudian ketika mandi, gosok pula dengan air limau
nipis. InsyaAllah panu tersebut akan cepat hilang.

Mencantikkan Kuku Tangan dan Kaki
Letakkan 5-10 asam dan garam halus ke dalam seember air hangat.
Biarkan selama 15 minit. Kemudian, rendam tangan atau kaki anda ke
dalamnya selama 20-30 minit . Amalkan sebelum anda masuk tidur.
InsyaAllah kuku anda akan kelihatan cantik.

Mengatasi Bulu Roma Lebat
Jika anda mengalami masalah bulu roma yang lebat tentu anda risau ,
terutama bagi kaum wanita. Untuk mengatasi masalah ini, sediakan 2
sendok air limau nipis, campurkan dengan sedikit gula pasir, aduk2 rata.
Setelah itu sapukan pada badan yang ditumbuhi oleh bulu roma itu, biar
kering di badan selama setengah j am setelah itu barulah dicuci.
Lakukan cara ini sekali sehari. Insya-Allah bulu roma anda akan gugur

Memerahkan Bibir
Petuah 1 : Sapukan madu asli pada bibir tiap-tiap malam sebelum
masuk tidur. lakukan selalu. Insyaallah bibir anda akan merah seperti
memakai gincu.
Petuah 2 : Tumbuk seketul halia hingga hancur. Perah airnya, campur
kuning telur ayam kampung dan makan setiap pagi dan malam. Bibir
pucat akan menjadi merah seperti delima merekah.

Memutihkan dan Mengilatkan Gigi
Petuah 1 : Ambil beberapa helai daun kelapa kering. Bakar hingga jadi
abu. Gosokkan gigi anda dengan abu daun kelapa tersebut. Lakukan
berulang kali dan insyaallah gigi anda putih berkilat.
Petuah 2 : Goreng biji asam jawa tanpa minyak. Kemudian tumbuk
sehingga menjadi serbuk dan gosoklah pada gigi.
Petuah 3 : Tumbuk kayu arang sehingga halus dan gosokkan pada gigi.
Petuah 4 : Ambil 7 biji pinang yang telah kering kulitnya. Bakar pinang
sehingga hangus dan hitam. Kemudian tumbuk sehingga menjadi
serbuk. Gunakan serbuk tersebut untuk mencuci gigi. Amalkan petuah
ini 3 kali seminggu. InsyaAllah kesan kekuningan pada gigi akan hilang.

Menghilangkan Jerawat
Petuah 1 : Ambil sedikit asam jawa dan beberapa inci kunyit hidup .
Tumbuk kunyit itu dan campurkan dengan asam jawa dan sedikit air .
Setelah campuran itu merata, sapu ratakan ke seluruh muka anda .
Biarkan kira-kira 20 menit . Kemudian
ketika anda mandi , basuhlah dengan bersih . Jika selalu diamalkan ,
muka anda akan sukar ditumbuhi jerawat dan kulit menjadi lebih halus .
Petuah 2 : Campurkan air limau nipis dengan satu sendok minyak
masak . Sebelum tidur , sapukan campuran tadi ke seluruh muka anda.
Sekiranya anda merasa pedih , itu hanya sementara . Esoknya , ambil
beberapa keping asam gelugur (asam keping) dan rendam dalam air
panas . Setelah dingin atau hangat , basuhlah muka anda dengan air itu
. Ambil asam dan gosokkan ke seluruh muka anda . Kuatkan gosokan
anda pada tempat -tempat yang berparut. Biarkan beberapa menit ,
kemudian basuh dengan air biasa. InsyaAllah , muka anda akan menjadi
licin dan bersih.
Petuah 3 : Campur bedak sejuk dengan garam dan air asam jawa.
Selawat pada Nabi 3 kali. Sapukan di muka dan di tempat jerawat.
InsyaAllah, jerawat akan berangsur hilang.
Petuah 4 : Hilangkan jerawat dengan sebungkus daun teh (masih hijau).
Didihkan kemudian lekatkan ke jerawat.
Petuah 5 : Bersihkan muka. Kemudian cuci dengan air kelapa tua.
Biarkan ia kering sendiri. Bilas dengan air bersih. lakukan 3 kali
seminggu.
Petuah 6 : Sejukkan sedikit kanji nasi. Sapukan pada jerawat dan
biarkan ia kering di muka. Cuci dengan air hangat. Amalkan setiap hari
sehingga jerawat berkurangan.
Petuah 7 : Basuh muka dengan air basuhan beras. Setelah kering cuci
dengan air bersih. Amalkan selalu.
Petuah 8 : Campurkan putih telur (ayam lampung) bersama satu sendok
tepung jagung dan minyak zaitun. aduk rata dan kemudian sapukan ke
seluruh muka. Biarkan sehingga kering dan kemudian bilas dengan air
hangat. Ia bagus untuk kulit bermasalah dan boleh membantu
mengatasi jerawat. Amalkan 2 kali seminggu.
Petuah 9 : Sapukan sedikit larutan tepung kanji bercampur air di
sekeliling jerawat yang timbul. InsyaAllah ia akan mematikan
pertumbuhan jerawat.

Menghilangkan Bekas Jerawat
Petuah 1 : Ambil sepotong ubi kayu. Kupas kulitnya. Buang kulitnya.
Bersihkan. Parutkan. Perah untuk dapatkan airnya. Sapukan air perahan
pada muka anda yang ada bekas jerawat. Lakukan setiap hari selama
seminggu. Insya-Allah, kesannya memuaskan.
Petuah 2 : Tumbuk beberapa batang kulit kayu manis dan jadikan
serbuk. Campurkan dengan sedikit air. Sapukan pada bekas jerawat.
Amalkan selama seminggu.
Petuah 3 : Ambil 10 helai daun sirih muda, Bersihkan dan tumbuk
lumat. Muka hendaklah dibersihkan dengan air hangat dan sapukan sirih
pada muka terutama di bahagian bekas jerawat. Biarkan kira-kira
setengah jam atau hingga kering. Cuci muka bersih-bersih dan lap
kering. Amalkan 3 kali seminggu.
Petuah 4 : Selain daripada lalapan yang enak dan berkhasiat, pegaga
juga boleh digunakan untuk menghilangkan tanda hitam parut jerawat
di muka. Caranya ialah dengan mengisar daun pegaga dengan bedak
sejuk dan air secukupnya. Pupukkan adunan tersebut di tempat tanda
hitam parut jerawat di muka anda setiap hari atau setiap malam
sebelum tidur. Campuran kisaran pegaga dan bedak sejuk tersebut
boleh disimpan di dalam kulkas dengan memasukkannya ke dalam botol
yang kering.
Petuah 5 : Asah kulit kayu manis dan campurkan dengan madu lebah.
Tempelkan pada muka yang berparut setiap malam. Esoknya, cucilah
dengan air hangat.
Petuah 6 : Tumbuk sepuluh helai daun sirih muda. Tempelkan pada
muka terutama bekas jerawat. Setelah kering, cuci muka dengan air
bersih. Amalkan 3 kali seminggu.
Petuah 7 : Kisar timun dan tapis airnya.Tampalkan hampas timun pada
wajah yang berparut. Biarkan setengah jam. Kemudian cuci dengan air
hangat.

Mengempiskan Perut
Petuah 1 : Cara mudah yang biasa di lakukan ialah dengan hanya
mengambil beberapa biji limau kasturi dan sedikit kapur makan. Perah
jus limau kasturi tersebut dan aduk bersama dengan kapur makan tadi.
Sapukan pada perut anda yang buncit untuk mendapatkan hasil yang
memuaskan. Insyaallah perut anda akan kempis jika rajin
mengamalkannya.:D:D:D
Petuah 2 : Petuah yang mudah dan biaya yang murah. Anda perlu
mengambil limau nipis yang telah dicampur dengan teh tanpa gula
untuk tiap-tiap hari kemudian diminum. Amalkan meminum air ini dan
insyaAllah perut anda yang buncit akan menjadi kempis. Petuah ini
untuk orang yang tiada mengidap sebarang penyakit. Selamat
mencoba.:D:D:D
Petuah 3 : Asam jawa dan garam disiram dengan segelas air panas.
Embunkan semalaman. Esok paginya minum air tersebut sebelum
membasuh muka atau membuang air kecil.
Petuah 4 : Ambil segenggam cikur, tepung beras, asam dan gula merah
secukupnya, gula pasir dan garam. Semua bahan itu ditumbuk halus,
kemudian masukkan air sebanyak setengah gelas. Air tersebut ditapis
dan diminum. Amalkan ia selama 4 hari berturut-turut.
Petuah 5 : Ambil beberapa biji buah delima. Kupas kulitnya dan jemur
sehingga kering. Setelah kering, rebuskan ia dengan sedikit garam. Air
rebusan kulit buah delima ini hendaklah diminum selalu bagi
mengempiskan perut.
Menurunkan Berat Badan
Petuah 1 : Jika anda mengalami berat badan yang berlebihan, air limau
nipis yang anda minum boleh menurunkan berat badan anda. Caranya:
Sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari, setelah itu
perah airnya ke dalam gelas yang berisi dengan air sejuk, masukkan ke
dalam kulkas. Setelah itu bolehlah dijadikan air minuman setiap kali
selepas anda makan tengahari dan makan malam. Cara ini boleh diikuti
dengan senam ringan. Amalkanlah meminumnya selama sebulan, berat
badan anda akan beransur turun
Petuah 2 : Ambil 3 sendok besar serbuk teh cina dan rendam dalam air.
Tapis dan campurkan dengan air perahan limau nipis. Amalkan selalu
meminumnya 2 kali sehari iaitu sebelum sarapan dan sebelum tidur.

Membuang Lemak Badan
Petuah 1 : Sekiranya anda mengalami masalah kelebihan lemak, cuba
amalkan petuah ini. Ambil 3 - 5 biji putik delima, basuh bersih dan
tumbuk hingga lumat. Perah airnya dan minum pati perahan putik
delima ini tanpa dicampur bahan lain. Amalkan setiap hari di waktu pagi
dan malam, selama sebulan. Insya-Allah, dengan menjaga makanan dan
bersenam, lemak yang berlebihan bukan menjadi masalah lagi dan
bentuk badan idaman dapat dicapai. Selamat mencoba.
Petuah 2 : Jika anda mengalami masalah berat badan, air asam jawa
baik dijadikan minuman harian. Air asam jawa akan mengurangkan
kadar lemak dalam badan anda. Caranya: Ambil sebuku asam jawa,
ramas ke dalam air sebanyak segelas. Masukkan ke dalam kulkas, anda
jadikan minuman, selepas anda makan tengahari atau makan malam.
Amalkan setiap hari, anda akan dapati tubuh anda akan bertambah
segar dan langsing.

Melangsingkan Tubuh
Petuah 1 : Dua biji lobak merah dan sebiji timun diparut dan diperah
airnya. Campur dgn sebiji air limau nipis dan bancuh hingga sebati.
Minum dua kali sehari. Amalkan sehingga mencapai berat badan ideal.
Petuah 2 : iriskan sedikit halia dan campurkan dengan segelas air
hangat. Biarkan seketika. Amalkan minum pada setiap pagi.
Petuah 3 : Rebus pucuk betik hingga tinggal setengah cawan airnya.
Amalkan meminumnya 2 kali sehari.
Petuah 4: Tumbuk sedikit jintan manis, jintan putih, halia dan lada
hitam sehingga halus. Campurkan dengan setengah gelas air dan
ditapis. Minum air ini sebelum tidur dan amalkan selama sebulan.

Menghilangkan Lebam Mata
Petuah 1 : Teh celup yg telah digunakan jangan buang. Lekap pada
mata dan biarkan semalaman. Lakukan 3 kali seminggu ketika hendak
masuk tidur.
Petuah 2 : Sapukan bahagian lebam itu dengan air perahan limau nipis.
Lakukan beberapa kali.

Mengilatkan Dan Menghitamkan Rambut
Petuah 1 : Ambil segenggam kelapa yang baru diparut (yang bersih).
Ketika mandi, kelapa itu hendaklah digosok rata-rata pada bahagian
rambut, dijadikan seperti syampu setiap hari ketika mandi. Niscaya
rambut anda menjadi hitam berkilat.
Petuah 2 : Ambil daun ati-ati dan tumbuk jadikan air. Sapukan pada
rambut, kemudian basuh dan bilas supaya hitam berkilat.

Menghitamkan Uban
Masalah uban turut dialami oleh mereka yang masih muda. Untuk
menghitamkan uban, ambil segenggam daun kari. Tumbuk hingga
lumat. Kemudian, gaulkan dalam santan pekat. Rebuskan hingga
menjadi minyak. Selepas itu disapu pada rambut setiap hari.

Buat Obat Gemuk
selama 40 hari dia harus rajin minum kunyit beras kencur,
yg suka dibuat mbak2 jamu gendong, setiap paginya.
setelah itu seminggu sekali minum susu murni .

1 komentar:

  1. Wah artikelnya keren..
    cuma lebih keren lagi klo di tambah animasi untuk pembacanya dalam memahami isi artikel, ..Sambil baca artikel ini, Aku numpang promosi ya jualan saya kaos kaki wanita ya
    moha makin bagus lg artikelnya ...

    BalasHapus